Archive for Event

Aidiladha 2010

Salam Aidiladha…Selamat Hari Raya! Raya dah lepas la baru nak wish..takpela better late than never. Hehe.

Aidiladha baru-baru ni sangat menyeronokkan sebab dapat bercuti panjang. Best! Ambil cuti 1 hari dapat 5 hari…kira panjanglah kan? takkan nak bercuti raya sampai 2 bulan pulak. Itu cuti bersalin namanya. Ngee. Oleh kerana namanya bercuti so segala-galanya juga cuti termasuk cuti dari segala aktiviti berkaitan blog. Yang tak cuti hanyalah aktiviti makan, makan dan makan. Erk! Puas hati dapat menjamu selera hasil air tangan ibunda di hari raya. Macam-macam ada. Sedaaappp.

Masa bercuti raya tu kami tak ke mana-mana. Hanya kat sekitar Jitra, keje ulang-alik dari rumah mak ayah ke rumah mertua. Itulah untungnya bila dekat, nak ulang-alik 10 kali sehari pun tak penat punya. ~Takde keje nak ulang-alik sampai 10 kali, tu dah namanya beraya di jalan raya.~

Malangnya, ada peristiwa tragis berlaku masa hari raya tu. Bolehlah kan saya, husband dan anak kami Aisy terlupa bergambar bersama. Jadinya takdelah gambar keluarga raya kali ni. Jangan kata gambar keluarga, gambar dengan Aisy pun takde. Sungguh tak patut. Photographer sibuk sangat makan sampai lupa daaa…Huhu. Gambar saya berbaju raya yg ada cuma ini.

Sedang membancuh susu buat bekalan Aisy pergi beraya.

Tak mengapalah, saya gantikan gambar raya keluarga dengan gambar ni. Masa ni kami kat Tasik Darulaman, Jitra pada petang Jumaat yg lepas. First time bawa Aisy datang sini, kitorang pun dah lama sangat tak jejak kaki kat sini. Dulu-dulu inilah dia tempat berdating. Tettt. Haha. Beriadah keliling tasik sambil merehatkan minda laa…

Aisy tertido dibuai angin sepoi-sepoi bahasa kuat sebab nak hujan. See the langit.

Tasik nan indah penuh kenangan suka dan suka. Muahaha.

Dari awal masa sampai lagi Aisy dah tak larat angkat kelopak mata. :p

At last…off to lala land…ZZzzzz…

But this is not the end of our sesi penggambaran riang ria. Tiba-tiba Aisy terjaga, apa lagi sambung posing la walaupun Aisy takde mood nak tersenyum riang. Tak kisah la Aisy, walaupun dengan muka kita-kat-mane-ni-ibu tu…Aisy tetap comellss. ~Puji anak sendiri. Sape lagi nak puji kalau bukan ibunya. Hoho.~

Ops! Cukup-cukup…Entri Aidiladha dah jadi cerita sepetang di tasik pulak dah. Tapi masa tu tengah cuti raya lagi. So kira aktiviti raya lah jugak tu. Hehe.

It’s about time to sleep. Patutnya dari tadi lagi tido tapi demi rindu nak mengupdate blog ku tahan juga mata ini. Oklah, nak sleep. Nite!

Comments (2)

Cerita Hari Raya

Dah abis Syawal baru nak cerita pasal raya. Buat-buat busy sampai tak berkesempatan nak menaip entry. Takpelah nak cerita jugak untuk kenang-kenangan. Tahun ni tahun pertama kami beraya sebagai ibu bapa, tapi preparationnya biasa-biasa saje. Baju raya pun tempah sepasang je, husband pulak tak nak buat baju melayu, nak pakai yg last year je. Tak kisah la. Bukan selalu pakai sangat lagipun. Untuk Aisy pun kami tak plan nak belikan baju melayu, tengok saiz besar-besar je tak padan dengan Aisy. Beli t-shirt, seluar dan stokin je untuk Aisy. So takpelah takde sedondon di pagi raya tahun ni. Tapi tengok-tengok merasa jugak Aisy berbaju melayu. Yeyey! Nenek belikan untuk Aisy.

Kali ni kami beraya di Terengganu, umah Tok Wan, nenek sebelah ayah. First time la Aisy jumpa Tok Nyang dia. Aisy cicit pertama tau. Yang kelakar, pakcik-pakcik makcik-makcik semua tak nak dipanggil tok. Masing-masing perasan muda lagi ye. :-D

Aisy berbaju melayu. Pinjam songkok waled.

Pertama kali beraya bertiga.

My sister, Hidayah and her husband je takde. Diorang raya kat Kedah.

Hakikat sebenar. Baju raya oversize. Cuba teka bape kali kena lipat seluar tu? :-D
Aisy muntah susu + dah panas berbaju melayu. Dah sampai masa untuk tukar uniform!

 

Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.