My sweet baby boy @ 6 month

Assalamualaikum…

Aisy…Ibu lambat update lagi kali ni. Sorry ye! Lambat sebab Ibu and Waled busy with ‘something’ sekarang ni. Cuba teka ape ‘something’ tu? :)  Alaa…yg almost everyday after Ibu and Waled ambik Aisy kat nursery tu…kan kita ade pergi ‘somewhere’. Aisy cuba ingat balik kita pegi mane.

Oklah, sementara Aisy nak refresh balik. Ni Ibu nak cerita progress Aisy setakat hari ni, cepat je dah bertambah sebulan lagi umur sayang Ibu ni. Alhamdulillah. Tiap hari ade je benda baru yg Aisy buat, Ibu pun apa lagi…excited sangat! Setiap kali ada new update orang pertama yg Ibu akan bagitau mestilah Waled. Cuba tanya Waled camane rupa Ibu bila bercerita pasal aksi-aksi Aisy. Hehe.

Aisy dah pandai gelak berdekah-dekah mengekek-ngekek. Sebelum ni gelak sepatah dua je, asyik senyum lebar sampai nampak gusi. Tapi kan masa first time Aisy gelak, Ibu dengan Waled dua-dua pun tak dapat tengok live. Huhu. Nasib baik Aunty Ib sempat record, video tu lah yg Ibu dok ulang-ulang tengok berkali-kali. Seronok sangat dapat dengar Aisy gelak. Tapi Aisy kan good boy, the next day tu bila Ibu agah-agah Aisy tiba-tiba Aisy gelak. Ibu agah lagi penuh perasaan sampai Ibu yg penat T___T bukan Aisy yg penat. Anak Ibu ni kena agah macam tu gaya baru nak gelak. Hehe.

Sekarang ni kan Aisy dah kenal orang dah. Favourite Aisy mestilah Ibu ngan Waled, tengah nangis-nangis kalau orang lain dukung bila nampak je Ibu or Waled mesti Aisy suakan tangan. Saaayang anak Ibu. Hehe. Kalau balik rumah Atok, aktiviti pertama Aisy adalah melalak. Terkejut semua orang serbu ye. Bila dah lama sikit baru Aisy nak main-main, tapi kejap-kejap pusing cari Ibu or Waled. Risau betul dia. Hehe.

Part yg selalu menguji kesabaran Ibu, Aisy dah tak reti dok diam. Aktif betul. Tambah-tambah bila nak pakaikan diaper and tukar baju, penat tau Ibu berperang dengan Aisy tambah-tambah time Waled tak ade nak tolong pegangkan Aisy. Asyik nak pusingkan badan je. Pastu bila orang pegang kuat-kuat pandai Aisy marah ye. Ooo…time mandi berapa lama pon takpe, nak pakai baju 2 minit je pon dah bising.

Satu lagi hobi Aisy, main tepuk-tepuk meja sambil tarik-tarik alas meja. Ni Ibu kena berhati-hati. Kalau duduk kat meja makan memang kena jauhkan dari segala pinggan, mangkuk, sudu, garfu. Takut Aisy capai. Benda yg tak boleh buat main lah yg menarik, kan Aisy? :) Cakap pasal meja makan, boleh cerita sekalilah kan pasal makan. Ibu ngan Waled dah biasa makan gilir-gilir sekarang. Supaya boleh makan dengan tenang, Ibu kan pemakan yg slow motion (ni ayat Nenek). Tak reti la Ibu nak makan laju-laju, maintain ayu gitu. Ngeee. Kalau orang lain yg pegangkan Aisy sure takleh lama-lamanya sebab kejap je Aisy dah bising-bising.

Aksi Aisy yg tiap-tiap hari dapat tengok sekarang ni, hentak kaki and angkat bontot. Tonggeng-tonggeng pastu tergolek. Comei! Bila marah Aisy akan sebut ‘heeeh!’ sambil angkat kaki tinggi-tinggi pastu hentak kuat-kuat. Owh…sudah pandai protes dia. Hehe. Kalau excited pon sama gak, hentak-hentak kaki sambil tendang-tendang. Sakit tau penangan tendangan Aisy.

Dah dekat nak masuk 6 bulan hari tu Ibu start bagi Aisy solid food. Ibu try bagi Cerelac – Rice. First time makan Aisy macam tak rela je. Hehe. But now dah ok, Ibu suakan sudu ja Aisy dah nganga. Sedap kan? Yummy-Yummy. Nanti Ibu buatkan bubur and puree buah untuk Aisy ye. :)

Hopefully kita boleh celebrate Aisy’s next month birthday at ‘somewhere’. Sempat ke? *sigh*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.